Wednesday, 13 March 2013

Filipina.....

 Sebelum penjajah pertama sampai di kepulauan yang dinamakan Filipina pada hari ini, ia adalah salah sebuah kawasan yang dipengaruhi oleh Empayar Srivijaya. Ini terbukti apabila prasasti tertua Filipina ialah Laguna Copperplate Inscription yang berbahasa Melayu Kuno dengan beberapa istilah Jawa dan Tagalog. Ia dipercayai bukti hubungan penduduk Filipina purba dengan kerajaan Medang dan Empayar Srivijaya yang ketika itu diperintah oleh sebuah keluarga Melayu yang paling berpengaruh di Asia Tenggara, Sailendra.

Prasasti ini adalah 'national treasure' paling berharga kepada Filipina untuk menafikan sejarah yang cuba dipadamkan oleh The Conquistador.

Perpecahan Srivijaya menyaksikan beberapa bangsawan Melayu berpecah bersama para pengikut mereka ke kepulauan Filipina. Antara yang paling terkenal adalah Datu Puti dan ini tersemat dalam perayaan meraikan ketibaan bangsawan Melayu ini oleh penduduk Panay yang dinamakan Ati-atihan yang masih wujud sehingga ke hari ini.

Kemudian beberapa pendakwah Arab dan Melayu sampai di beberapa kawasan dan beberapa kerajaan Islam terbentuk seperti di Manila (berasal dari perkataan 'Ammanillah') dan Kerajaan Tondo, Namayan dan Sabag juga Maguindanao dan Sulu. Tokoh-tokoh seperti Rajah Sulaiman dan Megat Selamat (perhatikan hubungan keturunan 'Megat' ) adalah beberapa raja muslim Filipina sebelum kedatangan Sepanyol.

Bahasa Tagalog sendiri mempunyai persamaan dengan bahasa Melayu seperti 'tolak' (push), 'anak' (child, son, daughter) dan sebagainya. Istilah angka juga menunjukkan perkaitan yang rapat. Ini menunjukkan rumpun mereka yang sama, Austronesia.

Namun penjajahan Sepanyol yang lama menyebabkan mereka hilang identiti. Kebanyakan pribumi Filipina telah di'sepanyolkan' sepertimana penduduk Amerika Tengah dan Selatan. Nama-nama mereka berbau 'Amerika Latin'.

Filipina adalah antara sejarah Melayu yang hilang sepertimana Melayu di Indochina. Pengaruh Srivijaya amat tampak pada gelaran Datu dan Pengiran dan ini adalah dari gaya Sailendra,sebuah keluarga Melayu yang memerintah dari Jawa Tengah.

Tulisan Kawi juga dijumpai di sana, dimana tulisan ini hanya dipakai oleh bahasa Melayu Kuno dan Jawa Kuno.

Saya teringat kisah tentang sekumpulan pelajar antarabangsa dari pelbagai negara yang dikehendaki membuat persembahan kebudayaan dalam satu acara 'Malam Kebudayaan' oleh pihak penganjur seminar. Jadi seperti biasa, para pelajar negara masing-masing sibuk menampilkan tarian kebudayaan masing-masing,termasuk dari negara kita yang merupakan antara persembahan yang ditunggu-tunggu ramai. Apabila tiba persembahan para pelajar dari Filipina, apa yang dibuat mereka? Para pelajar itu mengenakan daun-daun dan rumput kering di kepala dan tubuh mereka dan menari dengan menggerak-gerakkan tangan mereka sahaja.

Mereka tidak tahu apakah negara mereka punya tarian sendiri.

Ketika Ferdinand Magellan ke Filipina, penduduk di sana tidak memahami perkataan Magellan namun memahami bahasa yang dituturkan jurubahasa Magellan, Enrique (Awang) yang berasal dari Melaka. Ini adalah bukti paling penting asal-usul peribumi Filipina dan pengaruh bahasa Melayu sebagai lingua franca pada masa dahulu hasil pengaruh The Great Srivijayan.

Ketika sampai di Mactan untuk bertemu seorang Datu yang juga seorang pahlawan,Lapu-lapu,mereka tidak memahami Magellan dan orang-orangnya dan bersedia untuk menancapkan lembing-lembing beracun mereka.Namun apabila Awang membuka mulut,ketua mereka,Lapu-lapu memasang telinga dan mendengar dengan teliti.

Menarik tentang Megat Selamat, beliau ialah salah seorang dari empat anak seorang raja pahlawan, Lakandula.Lakandula inilah yang berperang menentang Sepanyol bersama Rajah Sulaiman dari Manila dan Rajah Matanda. Antara keturunan Lakandula ialah Diosdado Macapagal dan anaknya Gloria Macapagal-Arroyo, kedua-duanya bekas presiden Filipina.

Nama Filipina itu sendiri ialah dari nama seorang raja Sepanyol, iaitu Raja Philip II.

Perbezaan selalunya menjurus kepada konflik. Titik persamaan selalunya meredakan ketegangan. Untuk apa peperangan, jika kita punya persamaan. Kiram tidak mampu melihat persamaan dan persaudaraan walaupun lebih kuat diikat dengan agama, namun matanya buta dengan sekeping tanah yang sah milik orang lain. Bangsanya berpecah-belah dan porak-poranda dan mati sia-sia dibunuh oleh orang kafir menjajahnya dan muslim yang dizaliminya. Dia hidup mewah di Manila namun bangsanya miskin di Sulu dan mengemis di Sabah. Dia meminta Sabah bukan untuk rakyat Sulu tapi atas kepentingannya.

Seorang kawan Filipina saya bernama Benjamin, pernah berkata kepada saya, "kamu mengatakan 'selamat' sebagai ucapan yang baik kepada orang lain, anehnya perkataan itu juga membawa erti yang sama dengan kami"


Kredit: Srikandi
 
TOLONGLAH JANGAN TERJEBAK DENGAN   "HISTORICAL AMMNESIA SYNDROM" NANTI AKAN JADI "FALSE SENSE OF SECURITY".... FIKIRKAN....

"Justin Bieber" remaja islam


 

Pernahkan anda mendengar nama fatih seferagic? atau kita lebih familiar dengan nama justin bieber or justin timberlake. Untuk pengetahuan semua fatih seferagic ialah satu icon dunia islam yang semakin dikenali di Amerika dan Eropah. Beliau ialah Seorang Al-Hafiz muda berbangsa Bosnia, dilahirkan di Jerman, dan menetap di Texas, USA. Fatih merupakan seorang guru Al-Quran di sana. Dan dia baru berumur 17 tahun!!!

Dialah pemuda itu. Hafiz Qur’an, bersuara indah dan tampan, Masyaallah.. Tinggal dan menetap di Amerika Syarikat bukan menjadi alasan baginya untuk tidak menghafal Al-Quran. Pada usia 4 tahun,dia berpindah ke AS, tinggal di Arizona selama 3-4 tahun sebelum menetap di Baltimore, Maryland selama 7 tahun dimana dia mula menghafal Al-Quran.

Dia mula menghafal Al-Quran pada usia 9 tahun dan menghafal 30 juzuk Al-Quran dalam 3 tahun alias menjadi hafiz pada usia 12 tahun! Dia melatih hafalannya itu di bawah bimbingan Syekh Qari Zahid dan Qari Abid. Sekarang sambil sekolah, dia juga mengajar Al Quran dan menjadi ketua remaja masjid Sheikh Yasir Birjas di Dallas, Texas.

Cuba cari Fatih Seferagic di youtube dan facebook. Dengarkan bacaan beliau semasa menjadi imam solat Terawih dan dengarkan lagu nasyid Ghuraba yang dialunkan olehnya, sungguhhhh merdu... Pada tahun lepas dia pernah menjadfi imam solat terawih di sebuah masjiddi US, dan ketika dia membaca Al-quran ramai jemaah menangis dengan keindahan dan kegemersikan suaranya...

 Hayati alunan kemerduan suara fatih menjadi imam
video

Semoga di Malaysia akan lahir icon pemuda islam seperti beliau.





Label Halal Ditarik Di Sri Lanka Bagi Menjaga Sensitiviti Penganut Buddha

Untuk kesejahteraan bersama

Di Malaysia logo Halal JAKIM ialah sesuatu yang sudah biasa kita lihat.kewujudan logo ini memudahkan orang Islam untuk mengetahui makanan mana yang boleh mereka beli tanpa timbul perasaan was was. Lain pula ceritanya di Sri Lanka. Persatuan Jamiyyatul Ulama Ceylon hari ini bersetuju menarik semula penggunaan logo halal pada makanan seluruh Sri Lanka bagi menjaga sensitiviti umat Buddha di negara itu. Sri Lanka ialah sebuah negara dimana majoriti penduduknya adalah beragama Buddha. Penjualan dan penggunaan logo halal pada makanan yang dijual dianggap oleh persatuan Bodu Bala Sena (Kuasa Buddha) sebagai sesuatu yang tidak boleh mereka terima.

Menurut Bodu Bala Sena, adalah "haram" bagi penganut Buddha Sri Lanka untuk memakan daging yang disembelih secara islamik. Mereka tidak mahu penganut Buddha terbeli dan termakan daging yang tidak Buddha Compliant ini. Setelah melakukan protes besar-besaran, Persatuan Jamiyyatul Ulama Ceylon bersetuju tidak menjual daging halal secara terbuka dan menarik penggunaan logo halal pada makanan Sri Lanka. Logo halal yang dikeluarkan oleh mereka hanya akan diletakkan pada daging halal yang dieksport ke luar negara.

Cerita ini sangat menarik bagi kami. Di Malaysia orang bukan Islam tak mengira agama setahu kami tidak ada masalah makan makanan halal. Kami juga kagum dengan Pesatuan Jamiyyatul Ulama Ceylon kerana sanggup menarik balik logo halal mereka bagi menjaga sensitiviti penganut agama majoriti. Very interesting news!




Laporan asal OnIslam dan http://blogserius.blogspot.com

* AGAK2 LA KALAU BN KALAH DALAM PRU13 PERKARA NI BOLEH BERLAKU KE KAT MALAYSIA..... NAK RASE KE?